Tuesday, November 11, 2008

TIP KHUSYUK SOLAT


Khusyuk dalam solat antara nikmat yang paling besar anugerah Allah kepada hamba-Nya.Kita memang berhasrat untuk menikmatinya.

Sudah lama kita sebut mengenai khusyuk dan berangan-angan untuk menikmatinya tetapi kita kadang-kadang terlepas pandang dan tidak berusaha mendapatkannya.

Kemahuan ada tetapi usaha tidak bersungguh-sungguh.Untuk mendapatkan solat sebenarnya perlu kepada ilmu dan teknik sebab setiap amalan itu ada ’petuanya’.

Antara petua dan tip dalam memburu khusyuk ialah persediaan sebelum menunaikan solat dan terakhir yang patut dilakukan apabila selesai solat.

Persediaan sebelum solat:

v Wuduk mesti sempurna.

v Jangan solat dalam keadaan syak terhadap wuduk anda.

v Jangan bersolat dalam keadaan menahan kencing.

v Jauhi solat di tempat laluan orang.

v Mesti ghairah untuk solat berjemaah.

v Berusaha bersungguh-sungguh untuk berada di saf(barisan) pertama.

v Usahakan mendengar azan dan iqamah.

v Jangan lepas peluang menjadi imam sekiranya diperlawa.

v Bacaan sifat-sifat solat Rasulullah s.a.w.

v Ziarahilah beberapa masjid untuk merasai kelainan bersolat dengan pelbagai imam.

v Jangan mulakan solat sewaktu makanan tersedia dan perut lapar.

v Jangan tergopoh-gapah ketika bersolat.

v Jangan bersolat dalam keadaan mengantuk.

v Jika sakit atau selsema,sediakan sapu tangan bersama sebelum solat.

v Berhenti daripada melihat benda yang haram.

v Jangan bangun solat ketika dalam keadaan marah.


Tip ketika solat:

Ø Tanamkan niat yang sungguh-sungguh hendak mendapatkan khusyuk.

Ø Ketika bersolat,rasailah seolah-olah itu adalah solat yang terakhir.

Ø Rasailah ketika bersolat seolah-olah kita sedang berdiri di hadapan Allah.

Ø Minta berlindung daripada gangguan syaitan ketika bersolat dengan membaca basmalah dan surah an-Naas.

Ø Pilihlah surah yang membantu fokus dan penghayatan ketika solat.

Ø Renungilah makna ayat dan janji setia dalam surah al-Fatihah dan doa iftitah.

Ø Rasailah betapa hinanya kita ketika rukuk dan sujud.

Ø Rasailah boleh jadi solat yang kita tunaikan itu adalah solat yang terakhir.

Ø Tambahkan maklumat mengenai nama Allah yang kita baca dalam solat.

Ø Tanamkan dalam hati solat ini kalau tidak menjadi seperti ia akan menjadi kain buruk yang akan di lemparkan ke muka kita kerana tidak berkualiti.

Ø Kepada imam,cubalah meniru bacaan imam Makkah atau Madinah kerana orang yang pernah ke Makkah akan mengingati nastogia tersendiri ketika di Masjidil Haram
atau Masjid Nabawi.

Ø Ingatlah diri kita bahawa solat inilah yang akan menjadi modal ke syurga kalau buat cincai bocai sulit untuk ke syurga.

Ø Biar ada perasaan untuk mencuba dapatkan khusyuk setiap solat.Cuba khusyuk pada solat zuhur kalau tidak dapat cuba pada solat Asar,cuba dan cuba lagi insya-Allah dapat....

No comments: