Monday, November 24, 2008

RENUNG DAN FIKIR

BAHANA YANG MENUNGGU SI BAKHIL

Sayidina Abu Bakar r.a pernah berkata,yang bermaksud,orang-orang yang terlalu bakhil tidak akan terlepas salah satu daripada tujuh kemungkaran ini iaitu:
1.Allah memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim,lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.
2.Allah akan menimpakan ke atasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran,kecurian,banjir,tenggelam dalam tanah dan sebagainya.
3.Setelah ia meninggal kelak,hartanya akan diwarisi oleh mereka yang akan mempergunakannya pada jalan maksiat dan kemungkaran.
4.Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakitnya.
5.Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat,lalu ia sendiri terlupa sehingga tidak boleh menemuinya lagi.
6.Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak,yang mengakibatkan hartanya sendiri musnah.
7.Allah s.w.t meninggikan nafsunya sehingga ia sendiri yang akan memusnahkannya.


UBAHLAH ROMAN MUKAMU

Abu Yazid al-Busthami,pelopor sufi,pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,”Tuan guru,sepanjang hidup saya,rasanya tak pernah lepas saya beribadat kepada Allah.Orang lain sudah lelap,saya masih bermunajat.Isteri saya belum bangun,saya sudah mengaji.Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki,tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”
Jawab Abu Yazid,”Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu.Kau tahu,Rasulullah adalah perduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keluh dan selalu ceria.Sebab menurut Rasulullah,salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.”
Lelaki itu tertunduk.Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.Sejak itu wajahnya sentisa berseri.Setiap kesedihan diterima dengan sabar,tanpa mengeluh.Alhamdulillah sesudah itu ia tidak pernah datang lagi untuk berkeluh-kesah.



LALU SYAITAN PUN MENGELUH….

Rasulullah s.a.w bersabda,katanya,”Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat.Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang disebelah kiri.Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang disebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan,katanya,”Apakah yang harus aku catat?”Kata malaikat di sebelah kanan,”Jangan kamu catat dahulu dosanya sehingga ia melakukan lima kesalahan.”Malaikat yang di kiri bertanya lagi,”Kalau ia telah melakukan lima kesalahan,apa yang harus aku catatkan?”Jawab malaikat di sebelah kanan,”Biarkannnya,sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala.”Oleh itu hapuskanlah lima kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya lima pahala lagi.
Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata.”Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam?”

Wednesday, November 19, 2008

7 PERKARA MENJEJASKAN KEBERKESANAN KERJA AMAL



PENDAHULUAN



Manusia diperuntukkan 24 jam sehari semalam untuk menjalani kehidupan di dunia termasuk bekerja,tetapi hasilnya berbeza-beza.Ada yang memperolehi pendapatan cukup lumayan dalam tempoh beberapa jam bekerja,ada juga keletihan memerah tenaga tulang empat kerat tetapi hasilnya sekadar cukup untuk keperluan sekeluarga.

Apa yang menyebabkan timbul perbezaan itu?Kuncinya adalah keberkesanan bekerja.Ada orang yang benar-benar berkesan dalam hidup,sehingga hasil yang diperolehi sesuai dengan waktu,tenaga dan fikiran yang dikorbankan.Namun, ada pula yang tidak efektif dalam hidup sehingga hasil yang diperoleh tidak setimpal dengan keringat yang di keluarkan.

Sekurang-kurangnya ada tujuh perkara menghambat dan mengekang keberkesanan bekerja dan beramal iaitu;

1- Tidak memiliki tujuan dan matlamat jelas.

Jika bekerja dan beramal tanpa tujuan,semua yang kita lakukan menjadi tidak fokus,menyebabkan waktu dan tenaga yang dikeluarkan tidak berkesan.Ada dikalangan kita bekerja tanpa mengetahui untuk apa bekerja.Kita mendirikan solat,namun sering kali tidak tahu untuk apa kita solat.Dengan memiliki tujuan yang jelas,setiap langkah pasti terarah dan lebih bermakna.

2- Tidak memiliki rancangan terperinci


Setelah miliki tujuan jelas yang hendak di capai,kita dituntut memiliki rancangan terperinci sebagai pemandu arah setiap langkah,sehingga waktu yang kita miliki benar-benar efektif.Tanpa adanya perancangan,kita akan terjebak pada putaran waktu dan tenaga.

3- Tidak teratur dalam hidup

Kehidupan seharian yang tidak teratur biasanya akan mendatangkan banyak masaalah.Tidak teratur makan misalnya,akan mengundang penyakit.Demikian pula tidak teratur dalam bekerja,bersukan,belajar dan sebagainya.

4- Komunikasi yang tidak baik

Sebahagian besar aktiviti seharian kita diisi dengan komunikasi.Sesiapapun yang ingin efektif dalam hidupnya harus memiliki kemampuan berkomunikasi yang baik.Banyak masaalah lahir disebabkan tiada komunikasi yang baik.Masaalah kecil saja boleh menghancurkan rumah tangga apabila suami dan isteri tidak dapat berkomukasi dengan jujur,telus dan bijak.

Satu penyebab gagalnya komunikasi adalah kuatnya prasangka buruk dan tidak lengkapnya informasi yang kita terima mengenai sesuatu.Maka pastikan,komunikasi kita memenuhi unsur tenang.sopan,fasih,lembut dan secukupnya,isu komunikasi pula harus benar,bermanafaat dan tidak menyakiti hati orang lain.

5- Konflik yang tidak perlu

Memperbesarkan hal kecil berpotensi menimbulkan konflik tidak perlu.Bila sudah terjadi konflik,maka tenaga kita akan berkurangan sehingga tugas utama kita terbengkalai.

Ketika suami isteri terbabit dalam satu konflik kecil,misalnya,maka fungsi di rumah akan terbengkalai.Anak kehilangan kasih sayang dan keberkatan hidup akan hilang.Jadi untuk meleraikan masaalah,ketepikan sikap ego dan nafsu,sebaliknya utamakan semangat setia kawan untuk berjaya bersama.

6- Bersikap emosional

Selain mengganggu suasana,sikap emosional akan menghambat keberkesanan kerja.Orang emosional pun cenderung membesar-besarkan masaalah,pendendam,dan suka menuntut yang bukan-bukan.Bila sudah demikian,waktu produktif kita akan terbuang begitu saja kerana sukar pekerjaan dapat dilakukan dengan berjaya dalam keadaan emosional.

7- Menangguhkan pekerjaan

Setiap waktu memiliki hak tersendiri.Ketika kita menunda suatu pekerjaan,maka pada masa sama kita mencuri waktu dan ini menjadi tanda munculnya masaalah baru.Jadi,setiap masa yang kita lalui adalah rangkaian keputusan.Maka pilihlah keputusan terbaik.Salah satunya tidak menangguhkan pekerjaan.


***Mulai dengan KHASYIAH(takut pada Allah) akan timbul MUHASABAH(kiraan diri)akan timbul MURAQABAH(pengawasan diri)baru timbul rasa,kerja hanya kerana Allah***





Sunday, November 16, 2008

MUTIARA UMMAH BUAT RENUNGAN




TANDA ORANG BERAKAL:

1.Menggunakan harta dunia untuk faedah hari akhirat.
2.Menanggung kekasaran.
3.Sabar di atas ujian kesusahan.

TANDA ORANG SOLEH:

1.Memperbaiki barang yang di antara Allah dan di antara dirinya dengan amal soleh.
2.Memperbaiki agamanya dengan memperbanyakkan amal
3.Mengasihi seseorang sama seperti mengasihi dirinya sendiri.

TANDA ORANG BERMURAH HATI:

1.Memberi kemaafan kepada orang yang bersalah terhadapnya.
2.Mengeluarkan zakat.
3.Suka memberi sedekah.

TANDA ORANG BERUNTUNG:

1.Memakan makanan yang halal.
2.Sentiasa bersama Ulama.
3.Solat lima waktu secara berjemaah.

PESANAN NABI KEPADA ABU DZAR

1.Dipesan supaya suka kepada orang-orang miskin dan mendekati mereka.
2.Supaya selalu melihat orang-orang yang berada dibawahku dan tidak melihat orang-orang diatasku.
3.Sentiasa tetap menghubungkan silaturahim walau mereka menjauhi dan memutuskan hubungan denganmu.
4.Supaya memperbanyakkan membaca Lahaulawa..kerana ia adalah sebagai pembendaharaan kebaikan.
5.Jangan meminta kepada sesama manusia.
6.Jangan takut melaksanakan hukum Allah dari celaan dan cacian dari orang yang mencaci.
7.Supaya selalu berkata benar walaupun pahit dan berat.

WASIAT ALLAH KEPADA NABI KETIKA ISRA' DAN MIKRAJ

1.Janganlah engkau cintakan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menciptakan dunia ini untuk engkau.
2.Jadikanlah cintamu kepadaKu sebab tempat kembalimu adalah kepadaKu.
3.Bertusaha bersungguh-sungghuh dalam mendapatkan syurga.
4.Putuskanlah pengharapan daripada makhluk kerana sesungguhnya tidak ada sedikitpun kekuasaan di tangan mereka.
5.Biasakanlah secara tetap mengerjakan solat tahajud kerana sesungguhnya pertolongan itu berkat dari qiamulail.

TANDA ORANG SABAR

1.Sabar dalam melaksanakan perintah Allah.
2.Sabar menghadapi mnusibah.
3.Sabar menerima qada Allah.

Ke arah melahirkan zuriat yang baik

1.Sentiasa memperbanyakkan doa.
2.Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
3.Sentiasa mengawal perasaan.
4.Sentiasa berakhlak baik.
5.Dapatkan sokongan daripada suami,ayah,ibu dan keluarga

Amalan ketika baru melahirkan anak

1.Pastuikan persiapan lebih awal sebelum bersalin.
2.Azan dan Iqamah.
3.Bersyukur.
4.Tahnik(Sunat),mencukur rambut,khatan dan menamakan anak.
5.Aqiqah.
6.Bualkan anak dengan zikir dan nasyid.
7.Manjakan mereka.

Wednesday, November 12, 2008

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN


*Sesungguhnya'SAHABAT'itu wujud dari 1 pertemuan dengan 10 pertanyaan,100 keyakinan dan 10000 pengorbanan serta berjuta-juta perjuangan dengan 1 keikhlasan atas keredaan Allah*andai seorang SAHABAT membuat kebaikan,UKIRLAH diatas batu agar ia tersemat di HATI dan kekal sebagai memori terindah*Andai seorang SAHABAT membuat kesalahan,TULISLAH diatas pasir agar ia hilang ditiup angin kemaafan,andai esok lusa seorang SAHABAT dari kita tiada,maafkanlah segala-gala kesalahannya.........AMIN

MUSUH IBLIS DAN TEMAN IBLIS


15 MUSUH IBIS DAN 10 TEMAN IBLIS

Waheb bin Munabbih berkata Allah telah menyuruh iblis menemui Nabi Muhammad s.a.w dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh baginda Nabi pun bertanya:
Ya mal'uun berapakah musuh-musuhmu dari umatku?Jawab iblis 15 orang iaitu:
1. Engkau sendiri.
2.Imam atau pemerintah yang adil.
3.Orang kaya yang merendah diri.
4.Peniaga yang jujur.
5.Orang alim yang khusyuk.
6.Orang mukmin yang suka menasihati.
7.Orang mukmin yang bermurah hati.
8.Orang yang bertaubat dan tetap dalam keadan bertaubat.
9.Orang yang menjauhi segala yang haram.
10.Orang yang sentiasa berwuduk.
11.Orang mukmin yang baik budi.
12.Orang mukmin yang banyak bersedekah.
13.Orang mukmin yang banyak jasanya kepada manusia.
14.Orang yang membaca dan menghafal al-Quran.
15. Orang sentiasa bangun tahajud di saat orang lain sedang tidur.



10 TEMAN IBLIS

1.Pemimpin yang zalim.
2.Orang kaya yang sombong.
3.Perniaga yang khianat.
4.Peminum arak.
5.Pembawa fitnah.
6.Pelacur.
7.Pemakan harta anak yatim.
8.Orang yang meringankan solat.
9.Tidak mengeluarkan zakat.
10.Orang yang banyak berangan-angan.Mereka itulah sahabat-sahabat aku.



TANDA-TANDA ORANG WARAK

Dari As Syeikh Naser bin Muhammad Asmmarqandi dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin menyebut pada bab warak bahawa tanda-tanda waraknya seseorang manusia itu ada sepuluh iaitu:
1.Menjaga lidah dari ghibah.
2.Meninggalkan pekerjaan suka kepada buruk sangka.
3.Meninggalkan amalan suka menghina orang lain.
4.Sentiasa memejamkan mata dari melihat benda yang haram.
5.Sentiasa berkata benar.
6.Mengingati dan bersyukur di atas nikmat yang di terima.
7.Membelanjakan hartanya ke jalan yang benar.
8.Tidak mengharapkan kedudukan duniawi dan tidak sombong.
9.Menjaga solat lima waktu dengan penuh kesempurnaan.
10.Mengikuti sunnah dan menyertai jemaah.



PENGHUNI SYURGA

Syurga Firdaus
1.Orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.
2.Khusyuk dalam solat.
3.Menjauhi dari melakukan perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
4.Menunaikan zakat.
5.Sentiasa menjaga maruah.
6.Menjaga amanah.
7.Menepati janji.


Syurga 'Adn
1.Orang yang bertakwa kepada Allah.
2.Orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.
3.Orang-orang yang sabar.
4.Orang-orang yang banyak kebaikkannya.


Syurga Darul Ma'wa
1.Orang-orang yang sentiasa mendekatkan diri dengan Allah.
2.Beriman,bertakwa dan beramal.


Syurga Na'im
1.Orang yang tekun beriman dan beramal soleh.
2.Orang yang sentiasa melakukan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.


Syurga Darul Muqamah
1.Orang yang banyak berbuat kebaikkan dan tidak melakukan kemaksiatan.
2.Orang yang tebal imannya kepada Allah.

Tuesday, November 11, 2008

TIP KHUSYUK SOLAT


Khusyuk dalam solat antara nikmat yang paling besar anugerah Allah kepada hamba-Nya.Kita memang berhasrat untuk menikmatinya.

Sudah lama kita sebut mengenai khusyuk dan berangan-angan untuk menikmatinya tetapi kita kadang-kadang terlepas pandang dan tidak berusaha mendapatkannya.

Kemahuan ada tetapi usaha tidak bersungguh-sungguh.Untuk mendapatkan solat sebenarnya perlu kepada ilmu dan teknik sebab setiap amalan itu ada ’petuanya’.

Antara petua dan tip dalam memburu khusyuk ialah persediaan sebelum menunaikan solat dan terakhir yang patut dilakukan apabila selesai solat.

Persediaan sebelum solat:

v Wuduk mesti sempurna.

v Jangan solat dalam keadaan syak terhadap wuduk anda.

v Jangan bersolat dalam keadaan menahan kencing.

v Jauhi solat di tempat laluan orang.

v Mesti ghairah untuk solat berjemaah.

v Berusaha bersungguh-sungguh untuk berada di saf(barisan) pertama.

v Usahakan mendengar azan dan iqamah.

v Jangan lepas peluang menjadi imam sekiranya diperlawa.

v Bacaan sifat-sifat solat Rasulullah s.a.w.

v Ziarahilah beberapa masjid untuk merasai kelainan bersolat dengan pelbagai imam.

v Jangan mulakan solat sewaktu makanan tersedia dan perut lapar.

v Jangan tergopoh-gapah ketika bersolat.

v Jangan bersolat dalam keadaan mengantuk.

v Jika sakit atau selsema,sediakan sapu tangan bersama sebelum solat.

v Berhenti daripada melihat benda yang haram.

v Jangan bangun solat ketika dalam keadaan marah.


Tip ketika solat:

Ø Tanamkan niat yang sungguh-sungguh hendak mendapatkan khusyuk.

Ø Ketika bersolat,rasailah seolah-olah itu adalah solat yang terakhir.

Ø Rasailah ketika bersolat seolah-olah kita sedang berdiri di hadapan Allah.

Ø Minta berlindung daripada gangguan syaitan ketika bersolat dengan membaca basmalah dan surah an-Naas.

Ø Pilihlah surah yang membantu fokus dan penghayatan ketika solat.

Ø Renungilah makna ayat dan janji setia dalam surah al-Fatihah dan doa iftitah.

Ø Rasailah betapa hinanya kita ketika rukuk dan sujud.

Ø Rasailah boleh jadi solat yang kita tunaikan itu adalah solat yang terakhir.

Ø Tambahkan maklumat mengenai nama Allah yang kita baca dalam solat.

Ø Tanamkan dalam hati solat ini kalau tidak menjadi seperti ia akan menjadi kain buruk yang akan di lemparkan ke muka kita kerana tidak berkualiti.

Ø Kepada imam,cubalah meniru bacaan imam Makkah atau Madinah kerana orang yang pernah ke Makkah akan mengingati nastogia tersendiri ketika di Masjidil Haram
atau Masjid Nabawi.

Ø Ingatlah diri kita bahawa solat inilah yang akan menjadi modal ke syurga kalau buat cincai bocai sulit untuk ke syurga.

Ø Biar ada perasaan untuk mencuba dapatkan khusyuk setiap solat.Cuba khusyuk pada solat zuhur kalau tidak dapat cuba pada solat Asar,cuba dan cuba lagi insya-Allah dapat....