Sunday, April 11, 2010

PENDIDIKAN AWAL ANAK DARI HARI KELAHIRAN HINGGA USIA 6 TAHUN

Pendahuluan:
Perkahwinan merupakan satu ibadat dan jihad dalam kehidupan setiap orang Islam.Sebelum menghadapi alam perkahwinan manusia memerlukan berbagai persiapan atau persediaan sebelum berkahwin seperti berikut:

1- Mempunyai kemampuan

Setiap orang Islam yang ingin berkahwin di samping baligh hendaklah juga mempunyai kemampuan yang merangkumi seperti mempunyai wang yang mencukupi,kesihatan yang sempurna,berminat untuk berkahwin dan mempunyai kemampuan batin.

2- Memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dalam soal berumahtangga.

Bagi setiap lelaki dan perempuan mesti tahu dalam ilmu pengetahuan.Ia tidak mungkin diperolehi tanpa mempelajari dan memahaminya.Contohnya-cara-cara yang betul dalam memberi layanan kepada suami atau isteri.Di samping itu layanan kepada keluarga kedua belah pihak dan cara-cara laksanakan didikan kepada anak-anak.Ramai pasangan suami isteri merasakan kurang dari kemesraan dan kebahagian kerana kekurangan ilmu pengetahuan walaupun mempunyai kedudukan yang tinggi dalam pelajaran dan jawatan kerana mereka memandang mudah mengenai ilmu pengetahuan rumahtangga.

3- Melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan hukum di dalam kehidupan bersuami isteri

Hukum mengenai pergaulan suami isteri hendaklah dipelajari secukupnya sebelum mendirikan rumahtangga.Ini bertujuan bagi membersihkan pasangan dari terjebak kepada perbuatan yang haram.Contohnya hukum mandi hadas,masa di larang bagi suami isteri bersama bagi mengelak daripada melakukan sesuatu bertentangan dengan hukum Islam.

4- Pemilihan calun yang sesuai

Ia mnerupakan faktor penting untuk menjamin sesebuah rumahtangga.Dengan mengutamakan pengajaran Islam dalam persoalan rumahtangga,lebih memudahkan permasaalah yang timbul di kemudian hari.

Sabda Rasulullah saw:
Maksudnya:
Dari Abu Hurairah r.a:Bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda:”Wanita itu dinikahi kerana empat perkara:kerana harta(kekayaan)nya,kerana keturunannya,kerana kecantikkannya dan kerana agamanya,Ambillah yang beragama,supaya kamu berbahagia(beruntung)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Pendidikan Ibubapa pada anak-anak.

Pendidikan mempunyai maksud yang luas iaitu tunjuk ajar dan latihan tersusun serta berterusan untuk membentuk akhlak,kemampuan akal,pembentukan displin dan lain-lain.Kedua ibubapa merupakan institusi yang paling asas dalam pendidikan anak-anak.

Anak-anak adalah amanah Allah SWT bagi ibu bapa.Ia diibaratkan sebagai kain putih yang mudah menerima apa yang di corak kepada anak samada kearah kebaikan ataupun keburukan seperti sabda Rasulullah s.a.w:
Bermaksud:
”Tiap-tiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan suci bersih maka kedua ibu bapanyalah yang menyebabkan ia menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi”.
(Riwayat At Tabrani)

Hadis tersebut memberi pengertian peranan ibu bapa adalah penting dan menjadi tanggung jawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.Di samping itu setiap tindak tanduk manusia di dunia akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Matlamat pendidikan
Matlamat pendidikan Islam secara keseluruhan adalah seperti:

a- Mencapai keredaan Allah S.W.T

b- Menghayati roh Islam dengasn berpandukan al-Quran dan Sunnah

c- Meninggikan akhlak masyarakat berteraskan aqidah Islam

d- Mencungkil dan menyemai bakat-bakat semula jadi kanak-kanak dengan ajaran Islam.

Bila pendidikan bermula

Pendidikan anak-anak bermula pada peringkat paling awal dalam kehidupan semenjak ia mula lahir daripada perut ibunya sehingga ikatan perkahwinan.Ini kerana selepas berkahwin tanggungjawab itu berpindah kepada suami dan peranan ibubapa hanya memberi pandangan dan nasihat kepada suami isteri sekiranya timbul sesuatu masaalah dalam rumahtangga.Oleh yang demikian peranan ibubapa membentuk anak bermula dari buaian dan bukan peringkat dewasa seperti kata pepatah”kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Dengan ini ibu bapa hendaklah memahami terlebih dahulu tentang tahap pertumbuhan dan tumbesaran anak-anaknya.

Firman Allah Taala dalam Surah At-Tahrim:6:
Maksudnya:
”Wahai orang-orang yang beriman,peliharalah diri kamu dan anak istyerimu daripada seksa pai neraka”.

Tahap perkembangan anak-anak

Peringkat bayi hingga berumur dua tahun-Peringkat sebelum mumayyiz
Bila anak lahir ke dunia maka kedua ibu bapa mesti menjasga anak-anak dengan baik bagi tumbesaran anak-anak.Ini di sebabkan pada peringkat ini anak-anak tidak berdaya dan memerlukan layanan dan perlindungan supaya terdidik dengan seimbang dan kematangan.Bagi ibu bapa pemeliharaan anak-anak adalah saling kerjasama yang melibatkan tiga tugas:
a-Memberi makanan dan miunuman serta membesarkan anak-anak.

b- Berbelanja untuk pendidikan dan pelajaran anak-anak

c- Mendidik mereka dengan akhlak mulia

Tugas pertama:- menyusu,memberi makanan dan perlindungan supaya anak-anak membesar untuk menjadi manusia yang bertanggungjawab. dengan sering di dakap,di dukung,dipeluk cium di dodoi hingga nak benar-benar terasa dikasihi ,disayangi dan di lindungi.

Tugas kedua:- Ibu bapa menanggung perbelanjaan anak-anak hiingga dewasa termasuk makanan,pakaian dan lain-lain.

Tugas ketiga:- ibu bapa membentuk akhlak dan budi pekerti anak-anak mengikut kaedah Islam

Dalam kerja mengurus rumah tangga ia khusus kepada isteri kerana ia sentiasa berada di rumah dengan tabiatnya menyusu,pelihara anak dengan sifat lemah lembut,murah hati dan sabar berbanding suami yang mencari rezeki dengan tubuh yang kuat,tegap dan kasar.

Bila peringkat bayi:-
Bila anak di lahirkan sambutan kelahiran dengan amalan sunat seperti azan di telinga kanan dan di iqamat di telinga kiri seperti di lakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Maksudnya
Daripada Hussain r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda,”Sesiapa yang baru melahirkan anaknya lalu di azankan di telinga kanan dan diiqamat di telinga kirinya nescaya anak tersebut akan terhindar daripada penyakit sawan dan angkara syaitan”.
(Riwayat Abu Ya’ia)

Hikmah azan dan iqamah di telinga anak-anak yang baru lahir supaya perkatan yang mula-mula di dengar oleh bayi kerana kalimah syahadah yang mulia mengandungi kebesaran dan keagungan Allah S.W.T.Kalimah azan mengandungi seruan dakwah pada Islam dan penyembahan pada Allah.Di samping itu syaitan lari bila azan di laungkan kerana syaitan menanti kelahiran anak-anak untuk menariknya pada was-was dan pengikutnya.

Di samping itu membelah mulut(tahnik) yang baru di lahirkan dengan buah kurma ataupun benda-benda manis daripada sunnahj Nabi.Ia di lakukanb dengan menguyah buah kurma kemudian letakkan di hujung jari lalu di masukkan perlahan-lahan hujung jari itu ke dalam mulut anak yang di lahirkan,kemudian di gerakkan jari ke kanan dan ke kiri dengan lemah lembut hingga merata mulut anak dengan kurma dan meresap kemanisan ke dalam badan
Hikmahnya:- supaya urat-urat mulut menjadi kuat dengan gerakan lidah untuk menghisap susu ibunya.Biasanya ia di lakukan oleh seorang soleh dan bertakwa bagi mengambilo berkat supaya anak itu menjadi seorang yang soleh bertakwa.
Amalan sunat lain ialah
i- Memberi nama yang baik(disukai Allah)

ii- Bercukur dan akikah

Kanak-kanak tidak dapat bercakap lagi tetapi ia secara mendengar,memerhati keadaan sekeliling termasuk kelakuan yang di lakukan oleh ibu bapa samada kelakuan yang baik atau buruk.Pada peringkat inilah ibu bapa di galakkan memperdengarkan kata-kata baik(percakapan) dan bacaan ayat al-quran.Didodoi anak dengan alunan lagu keislaman(kalimah Allah).Masa susui anak di dahului bacaan Bismillah di tutupi dengan Allhamdulillah.

Sayidatina Aisyah r.ha berkata,aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa mendidik akan sejak kecil sampai dia mengucapkan”lailahaillallah”maka dia tidak akan di hisap lagi pada hari kiamat”.(Riwayat Thabrani)

Peringkat anak umur 2 tahun hingga 5 tahun

Kanak-kanak pada peringkat tersebut di antara peringkat pra-sekolah perlu di dedahkan kepada bimbingan dan latihan dalaman.Bagi ibu bapa wajib menanam asas-asas keimanan seperti memperkenaljan anak-anak sifat-sifat Allah,Rasul dan menceritakan kisah-kisah yang bersangkutan diri peringkat anak-anak di samping mendidik dengan sifat mulia dan menjauhi sifat di keji seperti di katakan oleh Imam Ghazali.

Peranan ibubapa adalah memberi keadilan terhadap anak samada lelaki atau perempuan dari segi pakaian,makanan dan sebagainya bagi tumbesaran yan baik dan sempurna .Ibubapa perlu bercakap dengan bahasa lemah lembut dan bersopan kerana percakapan memberi kesan pada anak-anak dalam membentuk akhlak yang mulia.Dalam Al-Quran, Allah menyuruh ibubapa melayani anak-anak dengan cinta,kasih sayang dan pemaaf kerana Allah benci ibubapa yang bersikap kasar dan berdendam pada anak-anak.
Firman Allah dalam Surah At-Taghabun Ayat 14:

Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman!sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu.Oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka.Dan jika kamu memaafkan dan tidak marahkan(mereka)serta mengampunkan kesalahan mereka(maka Allah akan berbuat demikian terhadapkamu),kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.

Saidina Ali bin Abi Talib K.w berkata:
”Sayangilah dan layanilah anak sampai usianya tujuh tahun,kemudian didilah anakmu selama tujuh dan pada tujuh tahun ketiga suruhlah anakmu untuk ikut membantu urusan keluargamui”.


Dengan ini ulama membahagikan pendidikan anak-anak kepada tiga fasa (yang setiap satunya selama tempoh tujuh tahun).

1) Fasa(tempoh)tujuh tahun pertama(dari usia 0 hingga tujuh tahun) dengan kasih sayang

2) Fasa tujuh tahun kedua (dari usia 7 hingga 14 tahun)dengan didikan ilmu dan tunjuk ajar serta kebiasaan yang baik.

3)Fasa tujuh tahun ketiga(dari usia 14 hiingga 21 tahun)dengan bimbingan kemahiran hidup dan latihan kepimpinan.

Bila peringkat bercerai susu dalam lingkungan dua tahun,anak-anak akan memasuki peringkat usia awal mumaiyiz.Tanda seorang anak itu sudah mula mumaiyiz :
a) Tahu membeza antara tangan kanan dan kiri

b) Sudah pandai menyarung kasut di kaki dengan betul.

Sekiranya telah ada tanda demikian,maka pendidikan boleh di mulakan.Ini kerana didikan dari anak masih kecil akan memberi kesan mendalam dan berpanjangan,berbanding jika di mulai apabila sudah besar.

Pesanan Hukama:
“Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu,kerana sesungguhnya apabila anak-anakmu telah berumur dewasa dan berakal(tetapi tidak terdidik)maka dia akan menyibukkan(menyusahkan)hatimu dengan keburukkan”.

Nabi s.a.w bersabda bermaksud:”Menuntut ilmu semasa kecilnya,laksana melukis di atas batu.”(Riwayat Baihaqi dan Thabrani).

Pendidikan jasmani

Faktor yang paling penting yang mempengaruhi tumbesaran anak-anak ialash kesihatan.Ini adalah kerana kesihatan memainkan peranan dalam menentu kebahagian keluarga yang sihat sejahtera dari segala penyakit.Dengan ini ibu bapa mengambil berat pendidikan jasmani di kalangan anak-anak.

Bagi anak-anak yang masih kecil,peranan ibubapa dalam bertugas menjaga tentang menyusu,makan minum,kebesihan termasuk gigi dan menghilangkan najis.

Bagi peringkat umur anak-anak tiga hingga empat tahun:
Ibubapa hendaklah mengatur kehidupan dengan waktu yang tepat seperti berikut:

a) Melatih anak bangun pagi

- Membaca doa
- Mengambil wuduk
- Mengerjakan sembahyang
- Bersyukur kepada Allah yang di panjangkan umur

b) Melatih anak masuk bilik air/tandas

- Memakai alas kaki
- Menutup kepala dengan kain atau sebagainya.
- Masuk dimulai doa dan kaki kiri
- Tidak bercakap
- Tidak lama di dalam tandas
- Bersugi(mengosok gigi)

c) Melatih anak keluar bilik air/tandas

- Membersih kaki kanan
- Keluar di mulai doa dan kaki kanan
- Berwuduk




d) Bersugi/mengosok gigi

- Menguna berus gigi dari bahan suci
- Memegang berus gigi dengan tangan kanan
- Di mulai mengosok dari bahagian atas di sebelah kanan ke kiri.
- Mengosok dalam bahagian ganjil

Masa mengosok gigi:

 Semasa bangun tidur
 Sebelum mendirikan sembahyang
 Sebelum berwuduk
 Ketika mulut berbau
 Sebelum membaca Al Quran


e) Melatih anak mengerat kuku

- Berniat mengikut sunnah
- Memotong hari Isnin,Khamis dan Jumaat
- Di mulai dari jari telunjuk kanan,tengah,manis dan kelingking kanan
- Kemudian kuku kelingking kiri,manis,tengah,telunjuk dan ibu jari kiri di akhiri
Ibu jari kanan.
- Kuku kaki:mulai jari kelingking kaki kanan ikut turutan hingga yang terakhir
Jari kaki kelingking kiri.
 Sekiranya di lakukan seperti di atas akan mendapat sunat(kebajikan dari Allah).

Sabda Nabi s.a.w:
Maksudnya:
Daripada Abu Bakar r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda,”Gosok gigi itu boleh membersihkan mulut lagi disukai oleh Allah S.W.T.”(Riwayat Ahmad)


f) Melatih adab makan

- Membasuh tangan sebelum menjamah makanan dan sesudah makan.
Tujuan:kerana melalui tangan yang kotor menyebabkan mudah berlaku bentuk
penyakit berjangkit.

- Membaca doa dan Bismillah pada memulai makan
Sabda Nabi bermaksud:

Maksudnya:
Daripada Amru bin Abi Salamah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda,”Bacalah Bismillah dan makanlah dengan tangan kanan serta makanlah makanan yang berhampiran(dekat)denganmu.”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

- Makan dengan tangan kanan dan mengambil makanan dengan tangan kanan.
- Bila memulai makan ambillah makanan di hadapan dan paling hampir dahulu.
- Tidak di mulai makan sebelum di mulai orang yang lebih tua daripadanya.
- Tidak terlau memandang pada makanan dan orang yang sedang makan.
- Tidak menyuap makanan bertalu-talu sehingga makanan tumpah bertaburan.
- Tidak makan terlalu kenyang dan mencela makanan yang tidak di sukai.
- Bila selesai makan hendaklah di ucap Alhamdulillah sebagai tanda bersyukur
kepada Allah.

g) Melatih adab minum

- Di sunat membaca Bismillah semasa makan dan mengucap Alhamdulillah bila
selesai minum dengan tiga-tiga teguk.
- Makruh meniup ke dalam air.
- Di larang minum sambil berdiri.

h) Melatih adab dengan guru.

- Di mulai salam dengan hormat
- Banyak berdiam diri dari percakapan yang sia-sia
- Bila ada permasaalahan,minta izin untuk bertanya
-Tidak berhujah dengan guru pada perkara yang sia-sia
-Tunjukkan sikap terima pendapatnya.
-Tidak menyinggung perasaan guru
- Duduk dengan tenang dan sopan di hadapan guru
- Cari peluang dan sesuai bagi persoalan kepada guru
- Hendaklah selalu bersangka baik terhadap guru

Seterusnya anak-anak jangan di biasakan dengan benda-benda mewah(melampau batas) dan tidak mematuhi syariat Islam,kerana ia merupakan persediaan untuk menghadapi kesusahan di masa mendatang.Ini memberi pengertian kehidupan adalah secara sederhana.

Kesimpulan:

Pendidikan anak-anak adalah penting dan menjadi kewajipan ibu bapa kerana ianya akan di soal dan di pertanggungjawab pada hari aklhirat atas apa perbuatan yang di lakukan di dunia.Sabda Nabi s.a.w:

Maksudnya:
Daripada Ibnu Umar r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda:”Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawab terhadap pimpinannya,seorang pemerintah adalah pemimpin dan ia bertanggungjawab terhadap rakyatnya.Seorang suami adalah pemimpin kepada keluarganya dan ia bertanggungjawab terhadap orang yang di bawah pimpinannya.”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Rujukan:

1- Tanggungjawab ibubapa dan anak menurut Al-Quran dan hadis- JPM

2- Tafsir Pimpinan Al-Rahman

3- Majalah ANIS keluaran Jun 2009

4- Majalah CERMIN keluaran Jun 2009

5- Atikel akhbar berita harian dan berita minggu.

SIFAT AMANAH MELAHIRKAN PEKERJA BERTAKWA

Sifat amanah merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia .Ia tidak boleh melepaskan dirinya dari menunaikan amanah yang telah dibebankan kepadanya(pekerja atau individu) oleh kehendak kehidupan.

Pengertian:
Setiap yang wajib dipelihara dan ditunaikan manusia dan Islam kepada ahlinya.

Firman Allah dalam Surah Al-A'raf ayat 85:


Maksudnya:
Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Allah Taala berfirman dalam Surah An-Nisa ayat 58:

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya),

Sabda Rasulkullah SAW bermaksud:

"Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menunaikan janji"


Bahagian amanah:

1) Amanah kepada Allah
Melakukan dari segi ibadat

2) Amanah sebagai Penjawat Awam
Contoh:Laksanakan tugas dengan jujur

3) Amanah sebagai pemimpin
Contoh: Laksanakan tugas sebagai pemerintah

Nabi SAW bersabda:
"Pemimpin itu adalah pemerintah dan bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya"
(Riwayat Muslim)


4) Amanah sebagai rakyat mengikut pemerintah

5) Amanah kepada Keluarga
Contoh: Memelihara anak/isteri


6) Amanah kepada sesama saudara
Contoh: Pelihara Rahsia




Amalan dari sifat beramanah

-Melahirkan kesedaran kerana setiap perbuatan dilihat oleh Allah

-Menyiapkan tugas yang di amanah

-Amanah membawa rezeki


Peranan Amanah dalam Kehidupan

- Melahirkan kebahagiaan dalam keluarga

- Membawa kepada sifat percaya mempercayai


Kepentingan Nilai Amanah dalam Organisasi

-Menggunakan masa sewaktu di pejabat dengan sebaik-baiknya

-Membelanja harta awam mengikut peraturan yang ditetapkan

-Tidak melakukan penipuan,penyelewangan dan rasuah

-Menyiapkan kerja dalam masa yang ditetapkan


Akibat tidak bersifat amanah

-Melakukan penipuan dan penyelewangan

-Menyalahgunakan kuasa dan kedudukan

-Cuai dalam menjalankan tugas

-Menggunakan waktu pejabat untuk membuat kerja persendirian


Kesimpulan:
Setiap orang hendaklah melaksanakan tanggungjawab dalam menunaikan amanah kerana amanah itu wahyu Allah SWT.