Monday, March 30, 2009

Tuesday, February 3, 2009

GANJARAN PAHALA SOLAT SUBUH MENGATASI KEINDAHAN DUNIA

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:”Sesiapa yang menunaikan solat Subuh,maka ia berada dalam jaminan Allah SWT.Kerana itu,janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu(selain daripada solat)yang pada waktu kamu mendapatkannya,lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam neraka”.(Hadis riwayat Muslim)

Muhammad Abdur Rauf Al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan,as-Subhu atau A’s-Sabah adalah permulaan siang hari,iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukan dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat.Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur.Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja(tertidur),akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau”Subuh Gajah”,iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktu yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat Subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain.Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu Subuh.

Salah satu keutamaan adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh sebagaimana di sebut dalam hadis.”Ya Allah,berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh(iaitu mengerjakannya).”(Hadis Riwayat Termizi,Abu Daud,Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa,maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.Allah SWT berfirman :


Bermaksudnya:Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya,dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi,dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadannya itu melampaui batas”.(Surah Al-Kahfi,ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan isinya,sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam At-Termizi:”Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW,dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata,Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam,barangsiapa solat Subuh berjemaah,maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.”(Hadis riwayat Muslim)

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat.Di hari itu,semua sumber cahaya di dunia akan padaNya.Matahari akan di gulung,ibadat yang akan menerangi pelakunya.

Diriwayatkan daripada Abu Musa Al Asyaari,dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:”Barangsiapa yang solat dua waktu yang dingin,maka akan masuk syurga.”(Hadis riwayat Bukhari).Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.

Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:”Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW,ketika melihat bulan purnama.Baginda berkata,”Sesungguh kamu akan melihat Rabb(Allah),sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya.Apabila kamu mampu,janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari.Maka lakukanlah.’(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji,apabila solat Subuh dikerjakan,maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh.Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:”Barangsiapa yang menunaikan solat Subuh,maka ia berada dalam jaminan Allah.Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya.Barangsiapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh,Allah SWT akan menuntutnya,sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.”(Hadis riwayat Muslim,At-Termizi dan Ibn Majah).

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti di janjikan Allah.Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.



Rujukan : Tafsir Pimpinan Al Rahman –JAKIM

Monday, February 2, 2009

RENUNGAN:

-Bila Rambut Mula Gugur

- Rambut Uban Dah Berterabur

- Kulit Mulai Kendur

-Mata Mulai Kabur

- Gigi Mulai Gugur

Itu tandanya kita hampir menuju ke lubang kubur



NAZAM

1.Ilmu itulah pelita bagi hati
Yang mendapat kita ingat akan mati.

2.Ingat-ingat serta fikir
Sehari-hari kita duduk dalam kubur seorang diri

3.Rumah besar,kebun luas
Itu juga ,tinggal ia akan dia

4. Dari petang tunggu pula akan pagi
Lama-lama hingga sampai tanggal gigi

5. Masuk kubur kamu jumpa tiga lagi
Gelap kubur-himpit kubur-pukul lagi

6. Hancur tulang,remuk tulang,pecah aku
Korek pula aku dengan kuku

7. Wahai tuan/puan sekelian
Sungguh-sungguh jangan tinggal akan sembahyang

Thursday, January 29, 2009

TANDA ORANG SABAR

1.Sabar dalam melaksanakan perintah Allah.
2.Sabar menghadapi musibah.
3.Sabar menerima qada Allah.

Ke arah melahirkan zuriat yang baik

1.Sentiasa memperbanyakkan doa.
2.Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
3.Sentiasa mengawal perasaan.
4.Sentiasa berakhlak baik.
5.Dapatkan sokongan daripada suami,ayah,ibu dan keluarga

Amalan ketika baru melahirkan anak

1.Pastikan persiapan lebih awal sebelum bersalin.
2.Azan dan Iqamah.
3.Bersyukur.
4.Tahnik(Sunat),mencukur rambut,khatan dan menamakan anak.
5.Aqiqah.
6.Bualkan(dodoi) anak dengan zikir dan nasyid.
7.Manjakan mereka.

KELUARGA BAHAGIA

· Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.

· Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman,makmur dan sejahtera.

· Sebahagian dari kesempurnaan kebahagian di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

· Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.

· Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggungjawab kepada keluarganya adalah bukti kasihnya kepada keluarganya.

· Tinggikan darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga,sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya.

· Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.

· Kasih sayang yang terjalin di antara anak dan ibu bapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka.

· Kekuatan cinta yang tulus mampu mengerakkan lisan untuk sentiasa berterimakasih kepada pasangan,anak ataupun ibu bapanya.

· Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia.

· Pencipta keluarga tidak akan membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan kemaksiatan.

· Anak-anak lebih memerlukan contoh dan keteladanan dari kedua ibu bapa mereka daripada celaan dan kekerasan.

· Kehidupan kita akan berubah apabila dimulai dengan perubahan diri,keluarga dan persekitaran.

· Mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah kerana nenek moyang mereka.

· Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai,menyayangi dan saling mengalah,nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik,aman dan damai.

· Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat di antara ahli keluarga.

· Komunikasi dalam keluarga akan sentiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga.

· Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.

· Rasul s.a.w bersabda,paling dekat denganku kedudukannya kelak pada hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.

· Barang siapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya,maka dia dalah seumpama seorang mujahid di jalan Allah.

· Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga,keturunan dan masyarakat adalah keindahan akhlak kita.

· Allah mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri,keluarga dan masyarakat.

· Cintailah suami dan isteri kita dengan memuliakan ibu bapa dan keluarganya.

· Bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita,begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita.Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka.

· Jika Allah cinta kepad sebuah keluarga,maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama.

· Kebahagian sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata benda,tapi sejauh mana ketaatan keluarga kepada Allah.

· Ibadah seseorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibu bapanya kelak di akhirat.



Di petik daripada akhbar warta perdana

Teman,Jadilah kehidupan kita di bumi sementara ini berpandukan nur iman dan Islam bukannya berdasarkan nafsu yang sentiasa inginkan kebebasan dan keseronokan yang tidak berkesudahan.Seorang ulama telah mengukirkan ungkapan indah bagaimana Allah mencipta malaikat dengan diberikan kepada mereka akal tanpa nafsu.Binatang pula dianugerahi nafsu tanpa akal.Manakala manusia diberikan keduanya sekali iaitu akal dan nafsu.Sesiapa yang mampu mengawal nafsunya dengan akal yang berpandukan syariat Ilahi ,maka dia lebih baik daripada malaikat tetapi jika dia tewas dengan pujukan nafsunya ,maka dia lebih hina daripada binatang..........